Sempena kehadiran bulan al-mubarak ini, pelbagai pihak mengambil kesempatan untuk membuat kerja-kerja amal bagi mengejar keberkatan serta memeriahkan lagi sambutan bulan Al-Mubarak ini. Kepada mereka yang kurang bernasib baik sering menjadi tumpuan badan-badan korporat untuk membuat sumbangan. Pada kebiasaannya rumah anak yatim sering menjadi tumpuan untuk menghulurkan sumbangan dengan pelbagai program berbuka puasa.
Namun begitu, dicelah-celah kemeriahan sambutan bulan Ramadhan ini, masih lagi ada insan terpinggir yang jarang diberi perhatian. Mereka yang tinggal jauh di kawasan pendalaman, sememangnya nasib mereka jauh berbeza. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti hari-hari biasa, yang membezakannya adalah dengan adanya kelebihan dan ganjaran tertentu dalam melaksanakan ibadah harian kerana ada segelintirnya, lapar dan dahaga itu adalah rutin kehidupan mereka.
Melihat kepada realiti kehidupan ini, Islamic Relief Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan(NGO) yang berfungsi untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukannya tampil dalam menghulurkan bantuan. Bantuan Islamic Relief Malaysia bersifat lebih menyeluruh melalui kempen `Bantulah Mereka Berbuka Puasa’. Sumbangan disasarkan kepada kepada golongan yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim serta golongan kurang upaya (OKU). Ini merupakan program tahunan Islamic Relief Malaysia yang melibatkan penjelajahan ke seluruh Malaysia bagi menghulurkan bantuan berupa pek makanan.
No comments:
Post a Comment