Selain daripad prgrm bantulah mereka berbuka puasa, Pihak IRM juga turut terlibat dengan pelbagai program bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan ini. Melalui kerjasama kemanusiaan bersama dengan Karangkraf, satu majlis berbuka puasa `Talent Star-Segalanya Mungkin` telah diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik bertempat di Pusat Jagaan Nuri, Setapak.
Program `Talent Star-Segalanya Mungkin` merupakan salah satu daripada program pendidikan yanf memfokuskan kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Program berbentuk `Edutainment` ini merupakan sebuah program kemanusiaan kerjasama dengan Majalah E-Baca dan Unit Akademik Karangkraf. Melalui program ini, kanak-kanak tersebut daripada 5 buah rumah kebajikan terpilih iaitu, Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Rumah Kebajikan Darul Izzah, Rumah Hembusan Penyayang dan Pusat Jagaan Nuri akan dilatih bagi mencungkil bakat untuk dipertandingkan pada peringkat akhir pada bulan October.
Lamjutan itu, satu majlis berbuka telah dianjurkan, dan program ini telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada ADABI Consumer Sdn Bhd. dan Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment