Bantulah Mereka Berbuka Puasa, Bersama Berkongsi Nikmat Ramadhan

Bantulah Mereka Berbuka Puasa, Bersama Berkongsi Nikmat Ramadhan

Sunday, August 22, 2010

Penjelajahan ( 2) - Persatuan Orang Kerdil Malaysia

Setelah berkunjung ke utara tanah air, pihak IRM kembali ke Lembah Kelang untuk menghulurkan bantuan kepada golongan istimewa iaitu masyarakat orang kerdil. Melalui program ini, untuk tahun ketiga, pihak IRM telah berkunjung ke ibu pejabat `Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia` yang berlokasi di Jalan Pahang. Melalui kunjungan ini sebanyak 150 pek makanan telah di agihkan kepada masyarakat istimewa ini.



 


Kisah Kehidupan....
Melalui majlis yang istimewa ini, pihak IRM telah berkesempatan untuk mengenali Sapura bt Hamdan, 34 tahun. Melihat keadaan fizikalnya yang mempunyai ketinggian lebih kurang 4 kaki 6 inci telah membuatkan dirinya tergolong di dalam golongan orang kurang upaya (OKU) iaitu kategori orang kerdil. Di sebalik senyuman manis yang diberikan dan sifat ramah mesra bersama pihak IRM, terselit cerita sedih di sebalik kegembiraan itu dimana wanita ini berstatus ibu tunggal.

 "Jika diingat masa lalu, memang sedih. Saya hilang arah dan tidak boleh menerima kenyataan kehilangan suami dan memikul tanggunjawab untuk membesarkan tiga orang anaknya, dan lebih pilu apabila saya ini tergolongan orang kerdil "

Begitulah luahan hati Sapura, ibu tunggal yang kini hidup menumpang di rumah ibu mentuanya, setelah kematian suami sejak 2 tahun lalu akibat serangan sakit jantung. Dia yang berasal dari Johor mengakui, dia putus tempat bergantung apabila suaminya, Khairuddin bin Abd.Kadir meninggal dua hari sebelum Hari Raya AidilAdha pada tahun 2008.

Sejak itu katanya, dia terpaksa berdikari demi mencari sesuap nasi. Pada mulanya hidupnya umpama kapal yang terumbang-ambing kerana kehilangan nakhoda, namun berkat sokongan dan bantuan rakan-rakan serta ahli keluarga, telah menjadikan beliau seorang yang bersemangat dan berhati kental.

Menurutnya, walaupun hidupnya kini tidak sebaik dulu dan hanya bergantung kepada pendapatan yang tidak seberapa dengan mengambil upah menjahit pakaian, saya tetap mampu menjalani kehidupan yang sederhana dan tidak berserah nasib kepada takdir semata-mata. Namun dia tetap bersyukur, bersempena bulan Ramadhan ini, pihak IRM masih lagi mengingati golongan istimewa seperti dirinya, walaupun 2 tahun sebelum ini, dia ada menerima bantuan seumpama ini.



No comments:

Post a Comment