Bantulah Mereka Berbuka Puasa, Bersama Berkongsi Nikmat Ramadhan

Bantulah Mereka Berbuka Puasa, Bersama Berkongsi Nikmat Ramadhan

Monday, August 23, 2010

Penjelajahan (4)-Melaka

Pihak IRM juga turut berpeluang untuk berkunjung ke Negeri Melaka. Kunjungan ke negeri Melaka ini telah mendapat kerjasama daripada Harian Metro melalui program Titipan Kasih. Berlokasi di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Bayan, Kampung Bukit Katil, Melaka, satu majlis penyerahan sumbangan dan majlis berbuka puasa telah diadakan.


Lebih menarik lagi, prgram ini turut mendapat sokongan daripada sukarelawan Hospital Pantai Ipoh dimana, satu pemeriksaan percuma telah dibuat kepada penerima manfaat tersebut.



Sunday, August 22, 2010

Sinar Ramadhan Bersama Karangkraft

Selain daripad prgrm bantulah mereka berbuka puasa, Pihak IRM juga turut terlibat dengan pelbagai program bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan ini. Melalui kerjasama kemanusiaan bersama dengan Karangkraf, satu majlis berbuka puasa `Talent Star-Segalanya Mungkin` telah diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik bertempat di Pusat Jagaan Nuri, Setapak.

Program `Talent Star-Segalanya Mungkin` merupakan salah satu daripada program pendidikan yanf memfokuskan kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Program berbentuk `Edutainment` ini merupakan sebuah program kemanusiaan kerjasama dengan Majalah E-Baca dan Unit Akademik Karangkraf. Melalui program ini, kanak-kanak tersebut daripada 5 buah rumah kebajikan terpilih iaitu, Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Rumah Kebajikan Darul Izzah, Rumah Hembusan Penyayang dan Pusat Jagaan  Nuri akan dilatih bagi mencungkil bakat untuk dipertandingkan pada peringkat akhir pada bulan October.

Lamjutan itu, satu majlis berbuka telah dianjurkan, dan program ini telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada ADABI Consumer Sdn Bhd.  dan Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan.







Penjelajahan (3)- Kelantan-Part2

Selain daripada program `Bantulah Mereka Berbuka Puasa ini, pihak IRM turut menjayakan program berbentuk pendidikan iaitu ` Projek Pembiayaan Perpustakaan Rumah Anak-Anak Yatim `. Projek yang pertama kalinya di anjurkan di negeri Kelantan telah diadakan di Rumah Kebajikan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan. Projek jangka panjang ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anak-anak yatim dalam bidang pengetahuan melalui pembacaan bahan-bahan yang bermutu tinggi. Melalui projek ini, pihak Islamic Relief Malaysia telah menyumbangkan sebanyak 1,000 buah buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dianggarkan bernilai RM 25,000 hasil sumbangan orang ramai dan badan korporat. Bersempena program ini kakitangan Islamic Relief juga turut mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama-sama anak-anak `yatim dari rumah kebajikan tersebut serta solat maghrib dan terawih berjemaah.

Penjelajahan (3)- Kelantan

Setelah itu, dalam minggu pertama Ramadhan, pihak IRM telah berkunjung ke Negeri Kelantan. Melalui kunjungan ini, pihak IRM telah menyumbangkan sebanyak 500 pek makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal , anak yatim dan golongan OKU. Sumbangan pek makanan ini telah diadakan di perkarangan Sek.Keb.Kangkung, Pasir Mas, Kelantan. Antara kampung yang terlibat dalam pengagihan pek makanan ini adalah seperti Kg. To’Uban, Kg. Kubang Gendang, Kg.Binjai Kangkong, Kg. Gelam, Kg.Kubang Panjang dan beberapa kampung lain di sekitar Pasir Mas.

Penjelajahan ( 2) - Persatuan Orang Kerdil Malaysia

Setelah berkunjung ke utara tanah air, pihak IRM kembali ke Lembah Kelang untuk menghulurkan bantuan kepada golongan istimewa iaitu masyarakat orang kerdil. Melalui program ini, untuk tahun ketiga, pihak IRM telah berkunjung ke ibu pejabat `Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia` yang berlokasi di Jalan Pahang. Melalui kunjungan ini sebanyak 150 pek makanan telah di agihkan kepada masyarakat istimewa ini.



 


Kisah Kehidupan....
Melalui majlis yang istimewa ini, pihak IRM telah berkesempatan untuk mengenali Sapura bt Hamdan, 34 tahun. Melihat keadaan fizikalnya yang mempunyai ketinggian lebih kurang 4 kaki 6 inci telah membuatkan dirinya tergolong di dalam golongan orang kurang upaya (OKU) iaitu kategori orang kerdil. Di sebalik senyuman manis yang diberikan dan sifat ramah mesra bersama pihak IRM, terselit cerita sedih di sebalik kegembiraan itu dimana wanita ini berstatus ibu tunggal.

 "Jika diingat masa lalu, memang sedih. Saya hilang arah dan tidak boleh menerima kenyataan kehilangan suami dan memikul tanggunjawab untuk membesarkan tiga orang anaknya, dan lebih pilu apabila saya ini tergolongan orang kerdil "

Begitulah luahan hati Sapura, ibu tunggal yang kini hidup menumpang di rumah ibu mentuanya, setelah kematian suami sejak 2 tahun lalu akibat serangan sakit jantung. Dia yang berasal dari Johor mengakui, dia putus tempat bergantung apabila suaminya, Khairuddin bin Abd.Kadir meninggal dua hari sebelum Hari Raya AidilAdha pada tahun 2008.

Sejak itu katanya, dia terpaksa berdikari demi mencari sesuap nasi. Pada mulanya hidupnya umpama kapal yang terumbang-ambing kerana kehilangan nakhoda, namun berkat sokongan dan bantuan rakan-rakan serta ahli keluarga, telah menjadikan beliau seorang yang bersemangat dan berhati kental.

Menurutnya, walaupun hidupnya kini tidak sebaik dulu dan hanya bergantung kepada pendapatan yang tidak seberapa dengan mengambil upah menjahit pakaian, saya tetap mampu menjalani kehidupan yang sederhana dan tidak berserah nasib kepada takdir semata-mata. Namun dia tetap bersyukur, bersempena bulan Ramadhan ini, pihak IRM masih lagi mengingati golongan istimewa seperti dirinya, walaupun 2 tahun sebelum ini, dia ada menerima bantuan seumpama ini.



Penjelajahan (1) - Kedah Darul Aman

Demi memenuhi tanggungjawab sosial ini, penjelajahan Islamic Relief Malaysia telah bermula seminggu sebelum bermulanya bulan Ramadhan. Kunjungan Islamic Relief Malaysia yang pertama adalah ke utara tanah air iaitu di negeri Kedah. Melalui kunjungan ini, sebanyak 1,000 pek makanan telah di agihkan kepada penduduk di sekitar Kg.Telaga Mas di Pokok Sena , Kg. Kuala Janing di Kuala Nerang, Kg. Pulau Maharaja di Kubang Pasu dan juga penduduk di daerah Kuala Kedah. Kunjugan bantuan pihak IRM ini telah dibantu oleh rakan sukarelawan di sekitar negeri Kedah.






Uniknya Kempen Ramadhan.


Sempena kehadiran bulan al-mubarak ini, pelbagai pihak mengambil kesempatan untuk membuat kerja-kerja amal bagi mengejar keberkatan serta memeriahkan lagi sambutan bulan Al-Mubarak ini.  Kepada mereka yang kurang bernasib baik sering menjadi tumpuan badan-badan korporat untuk membuat sumbangan.  Pada kebiasaannya rumah anak yatim sering menjadi tumpuan untuk menghulurkan sumbangan dengan pelbagai program berbuka puasa.

Namun begitu, dicelah-celah kemeriahan sambutan bulan Ramadhan ini, masih lagi ada insan terpinggir yang jarang diberi perhatian. Mereka yang tinggal jauh di kawasan pendalaman, sememangnya nasib mereka jauh berbeza. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti hari-hari biasa, yang membezakannya adalah dengan adanya kelebihan dan ganjaran tertentu dalam melaksanakan ibadah harian kerana ada segelintirnya, lapar dan dahaga itu adalah rutin kehidupan mereka.

Melihat kepada realiti kehidupan ini, Islamic Relief Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan(NGO) yang berfungsi untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukannya tampil dalam menghulurkan bantuan. Bantuan Islamic Relief Malaysia bersifat lebih menyeluruh melalui kempen `Bantulah Mereka Berbuka Puasa’. Sumbangan disasarkan kepada kepada golongan yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim serta golongan kurang upaya (OKU). Ini merupakan program tahunan Islamic Relief Malaysia yang melibatkan penjelajahan ke seluruh Malaysia bagi menghulurkan bantuan berupa pek makanan.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kembali Lagi..

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan, penghulu segala bulan kini kembali lagi. Munculnya ramadhan menjanjikan pelbagai kelebihan. Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang kita dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malah nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah.

Hadirnya Ramadhan mewajibkan umat Islam untuk mengerjakan amalan berpuasa, seperti terkandung dalam rukun Islam. Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh dengan keberkatan, serta kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi